Wednesday, February 16, 2011

PUISI - Kenangan

Kenangan,
Begitu banyak makna dan isinya
Dalam diari setiap insan,
Kenangan menjadikan kita dewasa,
Kenangan mengajar kita erti hidup,
Kerana kenangan kita menangis,
Kerana kenangan juga kita ketawa..
Hidup ini terlalu banyak kenangan..
Ia membangunkan kita dan ia juga menjatuhkan kita..
Setiap insan pasti punyai diari kenangan yang tersendiri..
Tiada seorang pun terkecuali dari kenangan itu..
Cuma..
Pahit atau manisnya sebuah kenangan itu..
Percayalah setiap kenangan itu akan sentiasa mewarnai
Hidup kita…

-Azlami94-


No comments:

Post a Comment